05 December 2010

Kek yogurt . nyum nyum

MyEm0.Com  semalam berjalan bersama babah , kak cik and mama tersayang  MyEm0.Com  pergi Jusco Bukit Tinggi .sampai-sampai terus jalan-jalan.

dah penat berjalan , tak sah lah kan kalau tak snap gambar . hehe
* maaf , gambar tak lawa sebab pakai cmre phone *
 ni haa kak cik nye . kalau kiteorg pergi jalan . org mesti  igt sy ni kakak . sebab sy lagi tinggi dari dia , tumpang lalu nak perasan kejap MyEm0.Com



  
Si keding , tinggi , kurus mcm papan *merendah diri*


tak sah kalau mama tak join sekali . HAHA



lepas puas pose-pose ni , baru pergi cari barang nak buat kek . nyum nyum . tak sabar-sabar nak buat .  




Bahan-bahan ( 18cm )

  • 500g yogurt( buangkan air sehingga beratnya tinggal 150g)
  • 50ml susu segar
  • 200ml fresh cream
  • 15g gula aising ( gula yogurt lagi sedap)
  • 5g serbuk gelatin
  • 1/2 sudu besar jus lemon(dr buah lemon)
  • 9 keping biskut oreo (96g) , sy buat dalam 2 packs oreo
  • 20g butter




dah beli semua barang . complete ! mula kan operasi .






Cara-cara

  1.  Masukkan yogurt ke dalam penyejat. Sejatkan sehingga berat yogurt menjadi 150g. Mungkin mengambil masa dlm 1-2 jam.
  2.  Masukkan biskut oreo bersama krimnya ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar biskut hancur.
  3.  Masukkan butter yg telah dicair ke dalam biskut oreo. Ramas-ramaskan biar berketul.
  4.  Kemudian masukkan ke dalam loyang. Lapikkan plastik dan tekan-tekan biar jadi padat.
  5.  Loyang yg diguna mestilah bahagian bwhnya boleh diangkat. Kalau nak krim yogurt kelihatan tebal boleh guna loyang 15cm.
  6.  Panaskan susu dengan microwave selama 50 saat atau panaskan sehingga hampir mendidih. Campurkan gelatin dengan 1/2 sb air. Kacau ratakan. Kemudian masukkan ke dlm susu. Kacaulah sehingga tak berketul
  7.  Yogurt biarkan pd suhu bilik sebelum digunakan. Pukul yogurt sehingga jadi bentuk krim.
  8.  dlm mangkuk lain pula, pukul fresh cream dengan gula sehingga agak pekat. Jgn terlampau keras.
  9.  Masukkan fresh cream ke dalam mangkuk yogurt sambil dikacau. Kemudian masukkan pula susu bersama gelatin tadi. Akhir sekali masukkan jus lemon. Kacau dengan perlahan-lahan sampai sebati.
  10.  Masukkan ke dalam loyang yg ada cookies tadi. Sejukkan dlm peti sejuk sehingga keras.






Alhamdulillah , try resipi dari internet menjadi jugak .






seriously , memang sgt sedap . teramat-amat sedap . sebab sy suke yogurt ! tapi bagi yg tak suke pun boleh suke . tak memuakkan pun . sila lah cuba . lepas tu , bagi org tersayang rase .


byebyee MyEm0.Com selamat mencuba resipi baru :)

4 comments:

Nor 'Izzati Hazirah Binti Zulkarnain said...

tgk pon da terliur...hahax

pyka :)) said...

haha , tau tak pe . tak sampai setengah hari dah habes . haha . memang sedap ! try lah buat :)

Nor 'Izzati Hazirah Binti Zulkarnain said...

Insya-Allah, psl mknn sdap ni kompem buat punyee... ngee

pyka :)) said...

hehee , yeah yeah :D