14 February 2012

"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik,
tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."

Macam gatal jugak kan cakap pasal kahwin-kahwin ni. Hikhik. Yela. Umur baru 17 tahun. Muda lagi, enjoy life dulu la bak kata orang zaman sekarang, kan kan. Tapi hakikatnya, bermula dari umur muda inilah aku kena fikirkan soal jodoh supaya dapat aku persiapkan diri untuk membina sebuah keluarga yang bahagia, ecehhh. Dgn memandangkan keadaan zaman sekarang ni, macam-macam.





Bagi si adam, si bakal suami. Tanggungjawab anda selepas berkeluarga sangat besar. Sgt besar tau awak. Anda diberikan amanah oleh Allah membimbing bukan sahaja isteri tetapi juga anak-anak yang bakal hidup bersama di jalanNya(InsyaAllah). So, bermula dari usia muda inilah anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Fardhu ain, untuk bekalan bersama hidup di dunia untuk mengejar kebahagiaan di akhirat kelak. Selepas kahwin, dosa isteri dan anak-anak semua bergantung di bahu anda encik bakal suami. Baik bimbingan anda, insyaAllah ringanlah bahu anda. Buruk bimbingan anda lu pk lah sendiri.

Bagi si hawa pula, si bakal isteri. Anda juga ada tanggungjawab yang besar! Tanggungjawab yang diperlukan sebagai isteri yang patuh kepada suami dan sebagai ibu yang lembut membelai anak-anaknya suatu hari nanti(InsyaAllah). Memang tiada dinyatakan tugas untuk menguruskan kerja rumah adalah tugas wanita, tetapi persiapkanlah diri dengan ilmu memasak, mengemas rumah, berhias diri sejajar dengan tugas anda untuk membahagiakan dan meringankan beban suami anda, Ehemm ehemmm.

Bagi saya suami adalah segala-galanya selepas Allah dan Rasul saw. tidak saya bazirkan cinta kepada lelaki lain kalau akhirnya nanti yang bakal sehidup semati, susah senang dengan saya adalah suami saya? Fikir balik, wajarkah saya memberi sedikit cinta saya kepada lelaki lain sedangkan yang akan menanggung dosa saya nanti adalah suami saya? kah? Sila fikir kan wahai kaum hawa sekalian.

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu....Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka.."





Now aku rasa lagi dekat dengan Dia .Aku tahu iman aku masih tidak kuat, seryes! Aku tak yakin. Aku takut sangat suatu hari nanti, aku kembali kepada kehidupan aku sebelum ini, semasa meningkat remaja and zaman perkenalan dunia luar. Aku takut, lepas aku habis sekolah. Aku kurang bimbingan guru dan ustazah selain keluarga dan kawan-kawan. Aku takut, aku tak ingat segala pesanan bila aku hidup di dunia luar yang pelbagai jenis manusia. Aku berharap agar Allah sentiasa bagi aku petunjuk dan hidayah dan kuatkan hati aku hadapi dugaan. At the same time, aku sendiri kena cari hidayah itu and ubah hidup aku sikit demi sikit. InsyaAllah. Aku juga perlukan sokongan keluarga dan rakan-rakan. Buat masa ni, Alhamdulillah kawan-kawan aku sentiasa menyokong dan berfikir positif.


Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat


Kalau kita suka kat seseorang, before ambil keputusan untuk make a move, apa kata kita solat istikarah dulu? Mintak supaya Allah dekatkan dia dengan kita sekiranya dia baik untuk kita,dunia kita dan juga akhirat kita. Kita juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah kerana Dialah yang maha mengetahui. Jika 'dia' itu bukan untuk kita, yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita.

"Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang."

-Hawa, perlu kita jual mahal kerana harga diri kita sangat tinggi! Sesuai dengan tingginya darjat seorang hawa disisi islam.

-Wahai wanita, semakin engkau menjaga dirimu, menutupi rapi auratmu, sopan gerak geri dan tutur katamu, semakin TINGGI NILAI engkau pada seorang lelaki.

-Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?

-Jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya.

Last yee, ;) 

-Bercinta lepas kahwin. Mesti lagi best sebab lebih diberkati Allah.




2 comments:

cerita best said...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip,tuto n cerita blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman bl0g pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow..lg 1 pakjoe nk bg tau dekat tuan blog mai terjah sini http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2012/01/orang-kata-janganjangan-le-x-dengar-ke.html

The-only-syafiqahosman said...

Thanks pakjoe, baikkk. Kita akn terjah blog pakjoe! :D