28 May 2012

Dear youuuu


Dear You :)

Assalamualaikum and haaaaiiiii :)

Untuk pengetahuan semua , kurang dari sepuluh tahun , aku bakal ke jinjang pelamin. Tapi aku tak tahu dengan siapa . Mungkin juga awak yang tengah baca ni hehehe *memang taklah kalau perempuan kan*. InsyaAllah , aku pasti tak lebih dari umur 30 tahun, aku akan berumah tangga. Ewaah! *nampak tak kegatalan nak kawen tu?* Ehh, awak semua , kita bukannya gatal , cuma kita merancang untuk masa hadapan . Masa depan lebih indah tu. Sunnah Nabi tu mendirikan rumah tangga kan ? Aaah pape lah , tanak sokong pun takpe . Serious aku taktau nak update pasal apa . hihi . Sorry lah bro . Takpe , sampai sini kalau dah tanak baca cepat-cepat tekan close tu . Hihi :D




Sekarang mood feeling nak kawen sajee.
Aku nak bercinta lepas kahwin. 

Dear my future husband , many things I want you to do for me when we get married . *mengada pulak*
Awak awak, mungkin awak fikir saya mengada-ngada kan siap nak list benda kena buat lah apa lah. Takpe,nanti lepas kita kahwin , saya nak baca balik entry ni. Mesti lawak kan? Mesti nanti saya malu-malu kan?Oh comelnyaa! :O hehehe *taktahu pun siapa awak tu* Ni hanyalah benda yang bermain di kepala saya ketika saya fikir pasal masa depan . Okay of course saya nak belajar sampai tinggi 25 tingkat biar gayat. Lepas tu saya nak kahwin, dengan siapa lagi kalau bukan dengan awak. Saya nak cari jodoh saya sendiri, and maybe jodoh saya itu awak. Saya nak kenal awak dengan lebih dekat lagi. Saya nak awak kenal saya betul-betul, saya ni cerewet gila serious HAHA padan muka awak siapa suruh jodoh awak dengan saya. Saya nak awak tengok and kenal perangai saya macam mana. Kalau awak jodoh saya, awak akan terima saya seadanya. Saya tahu saya tak secantik Erra Fazira, saya tak handsome macam Nazim Othman *tetiba masuk handsome* , saya tak sebaik Ustazah pilihan. Hee . 

Saya takkan buat awak menyesal jumpa saya . Saya akan ada selalu untuk awak ketika awak sedih ataupun awak gembira . 

Nazim Othman terlalu handsome sampai membuatkan saya berjiwang xDD *iklan jap*

Awak , saya masih belum tahu siapa awak . Saya selalu berdoa and berharap satu hari Allah akan pertemukan kita . 

Saya nak sangat tahu siapa jodoh saya , but it is impossible . Kalau lah saya ada alat untuk tahu jodoh , mesti saya orang first yang check . HAHA . Gatalnyaaaa -___- Ermm , bukan apa . Saya nak betul-betul ready and saya nak betulkan diri saya untuk menjadi orang yang lebih baik . And saya tahu awak pun akan buat benda yang sama kan . Setiap orang ada aim sebelum kahwin . Saya jadi tak sabar nak kahwin bukan sebab saya gatal . Hmm , memang kita tahu kan jodoh kita Allah tentukan , tapi kita kena cari and usaha untuk dapatkan sesuatu benda tu contohnya jodoh . Hehehe .




 Awak , jangan berhenti mencari saya . Jangan berhenti suka saya . Jangan berhenti sayang saya . Jangan berhenti pujuk saya . Jangan berhenti berdoa agar berjumpa dengan saya satu hari nanti .

Nanti kita mungkin dipertemukan di Kl Sentral . Who knows ? Hehehehe :D *okay tak lawak pun* . 

Hmm , saya kat sini selalu doakan agar dipertemukan dengan awak yang boleh bimbing saya ke jalan Allah . Saya nak saya yang dibimbing . Saya nak awak selalu tegur kelemahan saya . Saya nak awak yang bawa saya ke Jannah . Saya nak awak menjadi imam untuk solat saya . 


Saya nak awak jadi macam cerita 3 janji tu . Saya nak awak jadi sahabat sebaik-baik sahabat . Saya nak awak jadi kekasih sebaik-baik kekasih . Saya nak awak jadi suami sebaik-baik suami . Saya nak hidup dengan awak di syurga . Woaahhhh . Saya perlukan kasih sayang yang secukupnya dari awak . Nanti bila kita dah kawin *ewaaaahh,senyum kambing* awak tolong lah jangan marah saya . Jangan kasar-kasar dengan saya . Jangan buat saya macam orang gaji awak . Jangan buat saya menyesal kahwin dengan awak . Jangan buat bagi saya nangis . Jangan buat bagi saya kurang kasih sayang terhadap awak . Okay ? Kita kena jadi pasangan yang paling sweet sekali faham ? Waaahh *tengah berangan* . Eh untung awak tahu . Bukan senang saya nak berjiwang bagai nak rak ni . Tanya lah kawan-kawan saya nanti . Saya susah sayang orang . Hoho , please ah ! Siapa tak sayang suami kan ? Aigoo -_____- Alaa , kita kena sweet-sweet jugak . Tak best lah asyik sour sour , bitter bitter je enn ? Hihi . Tapi saya bukan gatal aww , haiyaa ! Awakkk !


  Sekalipun awak pernah terasa hati dengan saya bila kita kahwin nanti , awak tolong lah rendahkan ego awak , mungkin saya ada marah awak , merajuk dengan awak . Tapi sebenarnya saya nak awak pujuk saya dengan lemah lembut , okay ? 

Kan best kalau saya tahu awak siapa . Takpe2 , Allah tahu semua tu . Dia dah tentukan awak untuk saya . Saya redha and terima je siapa pun awak . Semua orang ada kelemahan kan . Tapi kalau dah jodoh , semua tu tak bermakna lagi . Hiiii *berpuitis bermadah pulak* Okay awak , nanti saya sambung luahan hati untuk awak ye , saya bukan mencari ustaz untuk jadi suami saya. Saya mencari wahai bakal imamku satu hari nanti :)


1 comment:

Anonymous said...

Wahhhhhhh nk kawen jugak. Bercinta lepas kawen awesome! Solat istikarah ehhh, minta petunjuk. InsyaAllah :)