24 May 2012

Masihkah kau ingat?

Ingat tak dulu kita selalu gelak-gelak bila on the phone? Kau selalu call and text aku siang malam. Baru lepas jumpa pun kau call jugak. Kau kata rindu lagi.

Ingat tak dulu kau selalu marah aku bila aku keluar rumah sorang-sorang? Kau kata bahaya, aku ni lembik, nanti ada orang culik aku tak mampu pertahankan diri.

Ingat tak dulu kau marah aku layan lelaki yang entah apa-apa? Even layan bodoh-bodoh pun kau tak bagi, kau kata takut hilang aku.

Ingat tak dulu kalau aku kenal sesiapa mesti bagitahu kau dulu, kawan kau kawan aku jugak. Kawan aku kawan kau jugak. Dia suka aku bermakna dia mesti kena rapat dengan kau.

Ingat tak dulu kau tak pernah marah aku even aku buat kau sakit hati? Even salah aku pun kau tak marah. Tinggi suara pun tak. Kau kata kau sayang sangat aku sampai kau tak boleh nak marah aku. Aku terharu. Tapi ada sekali kau pernah tengking aku masa dalam kelas, aku terus keluar lari belakang bangunan sekolah then menangis. Aku terasa sgt masa tu. *mengada lebih*

Bila habis sekolah je, aku text kau then kita jumpa dekat taman or Ole-ole. Bila time nak dekat PMR, aku ajar kau maths :)

Ingat tak dulu kita selalu text sampai 3-4 pages? Sampai orang ingat kita buat karangan?

Ingat tak kau teman setia aku walau macam mana pun keadaan.

Ingat tak dulu  aku ada bawak kau balik kg kenal kan dekat sedara aku, kita naik motor sama-sama, mandi sungai sama-sama.

Ingat tak dulu kau cakap kau taknak tengok orang lain sakit kan hati aku? Sebab kau sayang kat aku.

Ingat tak dulu kalau aku sedih atau happy kau antara orang pertama aku akan call.

Ingat tak every year aku sambut special birthday untuk kau.

Ingat tak, dulu kita berkepit macam belangkas. Semua menyirap tgok kita rapat sangat.


Terlalu banyak kenangan kita. Pahit manis, susah nya nak lupa.


Ingat tak semua janji-janji kita?

Ingat tak kita janji takkan berpisah?

Ingat tak kita janji takkan berubah?

Ingat tak kau janji takkan tinggalkan aku?

Ingat tak kau janji tak akan lukakan hati aku?

Ingat tak kau janji akan jaga aku?

Ingat tak kita janji kita akan jaga hubungan ni sebaik-baiknya?

Ingat tak dulu setiap kali jumpa kita mesti peluk?



Dulu kita tak matang, macam-macam kita buat sama-sama. Sampai orang fikir kita bukan-bukan.


Wahai kawan baik ku, sahabat ku, aku rindu kau. Tolong lah faham. Even kita dah tak sekelas, tp kita masih satu sekolah. Masih dalam pagar yang sama.

Aku rindu kau yang dulu.

Ingat tak dulu kita tak payah ada boyfriend pun takpe, sebab kita sentiasa bersama. Kita tak perlu kasih sayang orang lain.

Ingat tak dulu kita seganas-ganas perempuan. Sekarang ada sikit kegadisan. Dulu make up pun geli, sekarang tak dah.

Ingat tak dulu kita sama-sama kejar nak tangkap gambar dengan cikgu praktikal masa form 1? Kita berebut nak print gambar and tampal dekat bilik?

Kalau kita baiki hubungan ni pun belum tentu sama macam dulu. Aku rindu kita yang dulu, biar pun kita tak matang masa tu tp kita kenal erti persahabatan.

Dari masuk Sekolah Menegah lagi kita sekelas, semua benda bersama. Lepas PMR kita lain kelas dah, tapi masa form 4 bila ada masa free je aku terus cari kau and kau cari aku. Sampai orang semua rimas kita macam belangkas. Masuk form 5 serious aku cakap kita dah macam tak kenal. Semua nya hilang sekejap jee.

Bila call, masing-masing membusykan diri. Text pun konon nya save kredit. Jumpa pun macam takde perasaan langsung kita ni. 

Dulu aku sentiasa berada dalam masalah, kau sentiasa sokong aku. Tapi tahun ni aku lebih memerlukan kau. Aku perlukan sokongan dari kau. Tapi aku terpaksa bersendiri, simpan jee. So bila ada orang buat aku sedih sikit je otomatik aku menangis even benda kecik jee pun.

Serious aku cakap aku rindu semuanya dengan kau. Aku nak kau balik. Mungkin sebab aku berhijab tak dapat open macam kau. Takpe laaa, kau pun tahu aku memang dari dulu tak kesah yang penting kau jaga diri and jaga persahabatan kita. Biar lah aku yang diganti jangan kau yang diganti. 

Sebaik mungkin aku cuba tak menggantikan tempat kau pada sesiapa. Aku akan jaga hubungan ni selagi aku boleh jaga. Aku bersabar selagi iman aku masih utuh.  

Ingat, bestfriend still bestfriend. Aku takkan lupa kawan-kawan aku.

Ingat tak semua ni? Tu semua dah berlepas, terima kasih dah nak masuk 5tahun hubungan kita. Harap ni belum berakhir.

Aku minta maaf.
Aku sayang kau. I love you forever and ever. Kau kawan paling comel kat dunia ni tahuuuu. Kau jaga diri yee.

Ini semua kisah aku dengan kawan baik aku, bukan boyfriend ke apa. Sila jangan salah faham :)

Assalamualaikum.



No comments: