05 October 2012

Dalam dunia ni aku sayang mak aku sorang je.

Hamboiii kau sejak ada camera, lebih sayang camera dari aku. Sampai hati! "Eh ada aku kesah?" Hahaha

Wahai mama yang sangat cantik jelitawan! Adik teramat sayang sangat sangat sangat! 3 okt 2012 hari tu birthday mama. I love you maaaa. Thank you for everything. Tak pernah rasa bosan, tak pernah rasa hilang nak sayang nak rindu nak shiommm nak pelokk nak gossip nak nanges sama-sama. Thanks selalu layan karenah anak mama yg agak derhaka ini. Adik tahu adik harapan mama, mama makin faham stress adik nak spm sekarang. terima kasih maaa. Maaaaa adik kalau boleh setiap malam nak tido dengan mama, nak peluk mama, nak shiomm mama nak mintak maaf semuanya. Mama adik sedih mama mula semput, mula tak berapa sihat. Adik kesian maa, kadang-kadang mama tak larat pergi dapur amek air suam tp adik dah sediakan. Kadang-kadang mama tak larat nak pergi keje sebab sakit . Adik risau mama. Haritu adik tengok rambut mama dah beruban sikit. Adik sedih, adik nangis. Adik masuk bilik lepas tu nanges. Mama, mama dah berumur. *sekarang ni pun dah meleleh macam air terjun :'( * Macam-macam adik pikir. Adik takut apa-apa jadi. Adik risau mama. Adik sayang mama sangat sangat. Adik tak boleh tengok mama sakit, adik tak boleh tengok mama menangis. Maaaa adik lemah. Mama kekuatan adik, mama bg semangat kat adik. Mama selalu pesan jangan percaya mana-mana orang. Darah daging sendiri pun belum tentu kita boleh percaya sepenuhnya. Hanya mama adik percaya sepenuh hati adik. Hanya mama adik sayang kat dunia ni. Mama sorang je tawwww. Selepas Allah, Nabi Muhammad, mama yg ketiga maaa. Hanya mama adik perlukan kat dunia ni. Terima kasih mama sentiasa disisi adik , terima baik buruk adik. Mama cepat sihat yeeeee. Selagi adik sempat jaga mama, adik jaga sebaik-baiknya. Selamat hari ulangtahun kelahiran yg ke 52 maaa. Adik sayang mama!

Tak ada yang specialnya, adik cuma dpt bagi hadiah ciuman dgn Kek Red Velvet. Adik buat kejutan ni pun pukul enam pagi sebelum kakngah pergi keje.




Fine laaa takde dgn mama masa nak potong kek kalau dah kejenya tangkap gambar ajeee.

Ni untuk mama!
 Sebelum tuuuu! Sampai hati mimie tangkap gambar agak kurang senonoh ni. Ish ish buruk bebenoooooooo. Hadoiiiii kantoi sudah aku duduk atas bantal acah-acah aku tinggi. Hadoii hadoii hadoiiiii!

Dah serupa macam "kami nak hak kami!"



Akhir kata,selamat hari lahir mama. Sayang mama dunia akhirat!

No comments: