12 December 2012

Terima Kasih menjadi sahabat sejati

Fajiha Nadia Ahmad Roze
3 Jan 2008 hari mulanya aku berjumpa dengan seorang hamba Allah. Aku bersyukur dapat kenal dengan dia. Masa hari orientasi form one kita kenal eh. Ingat lagi masa tu semua benda nak buat sesama, tapi ada satu je keputusan kita buat lain. Aku nak masuk Kadet Polis kau nak masuk Kadet Bomba.

Si nadia ni kawan pertama yang aku kenal masa masuk sekolah menengah. Almaklum lah aku nama je dari kecil duduk seksyen 24 ni, tapi aku bukan sekolah rendah kat situ. Aku sekolah kat seksyen 19, SRAI. So memang tak kenal sesapa lah kan. Mimie pun masa sekolah rendah mana pernah tegur. Dia ni sebenarnya ada kembooooo. Tapi cikgu cikgu ingat kiteorang yg kembar nye hihihi. First time ada kawan yang kembar, kawan baik pulak tu.

Nadya ni baik orang nya, hati dia sesuci murni gitu. Cantik pulak tu. Dia pendengar yang baik, dia guru disiplin yg cemerlang. Dia garang wooo. Kalau dia halang kawan dia ni kawan dengan mana mana lelaki mmg dia halang. Baik macam mana pun budak tu layan dia, dia tetap halang, dia halang sbb sayangkan kawan dia yang sorang ni kan. Dia ni agak baran, tanya lah kawan kawan siapa dapat tahan baran dia kecuali syafiqah osman disini. Aku mmg tak suka layan baran dia, bila dia marah, bengang apa semua biar dia take time. Jangan sekali melawan apa dia cakap, jangan potong pendapat dia. Dia memang pantang. Huhhh terer jugak aku eh? Hihihi.
Saksikanlah persahabatan kami yang dah terjalin hampir lima tahun. Memang banyak asem garemnyaaa tapi kita ni terima jelaaa takkan nak manis sentiasa kan :)


2008

Kiteorang bukan asalnya memakai tudung sebegini yeee. Ini gedik time di surau .

2009

2010
                                                                                                                                                             
Hubungan kita terganggu sebentar, saya ada kawan lain awak ada boyfriend. Saya minta maaf :/

2011

2012











Nadya ni memang pendengar yang baik teramat sangat. Dari dulu masa aku suka si tajuz tu, ada masalah boypren, ada masalah family terutamanya, ada segala masalah and happy story dia lah yang dengar and layan karenah kawan dia sorang ni. Layan kan aje bebelan aku yang merapu ni. Aku ni dah lah annoying. Ya Allah macam mana lah dia boleh tahan eh? Bersyukur teramat sangat.

Setiap pagi dari dulu sampai sekarang jumpa mesti salam, ciommm pipi, peluk! Kalau org lain salan je, memang jarang sekali nak ciomm pipi and peluk. 

Aku ingat kita pernah gaduh dua kali jee, jee? Sengsara woo bergaduh even dua kali. Bukan lah gaduh, bermasam muka. Sekali masa form one rasa nya masa kat libry. Aku terkuat suara bila cakap dengan kau. Ingat tak? Aku tahu kau lemah mcm aku, tak boleh kena tengking. Duduk sebelah sebelah pun kita tak bertegur. Aku pulak tak reti minta maaf depan depan, sama sama ego lah katakan. At last aku minta maaf dkt myspace dulu. Hahaha lawak beh. Kali kedua tahun ni sebab contact lens. Salah faham punya pasal. Tapi dari zaman tak matang sampai lah nak kawen dah. Eh eh? sampailah dah matang. ke? ye kot.

Dari form one sampai form two kita duduk sesama kan. Tapi form three saya berhijrah untuk majukan diri kita terpaksa berasing tempat duduk. Tp tak duduk sesama pun hubungan makin renggang, Aku tak reti menghargai sebuah persahabatan. Tapi bila kita betul betul jauh, tak duduk sekelas malah bukan lagi satu blok yang sama pada saat tu lah aku mengerti erti persahabatan sejati. 

Aku nak bagitahu apa pun jadi aku tetap sayang kau. Kau yang terbaik untuk aku. Kau nak jadi aku punya pengapit kan? Even ada mimie and fyfa tp kau lebih dari dorang. Biarpun orang tak nampak macam mana akrab nya hubungan kita tapi kita yg tahu :)

Sahabat.....

Bagaikan setiap masa dan ketika aku selalu memintamu
berada disisi ku menemaniku
setiap masa dan setiap detik

Aku tahu aku sering menyusahkanmu
namun engkau tetap menguntumkan senyuman manis
sepertinya engkau tahu betapa suramnya hatiku
dan engkau berusaha menghiburkan aku dengan senyuman itu.

Terima kasih, sahabat.

Aku begitu bersyukur
kerana engkau adalah sahabatku.

Bersama-sama
kita lalu denai kepayahan
bersama-sama
kita turuni bukit cabaran
juga, bersama-sama
kita seberangi lautan kesedihan.

Dan engkau
tidak pernah jemu dengan karenahku;
sudi menjadi pendengar di sisiku;
sudi membeli masalahku.

Terima kasih, sahabat.

Harapanku
semoga kita berjaya bersama kelak
engkau di bidang mu
dan aku dibidangku
Insyaallah sahabat

No comments: