09 January 2013

Kita matang bila.....

Matang? Pada pendapat korang, matang tu macam mana? Ada yg kata perempuan cepat matang dari lelaki even though perempuan dari fizikalnya manja plus kegedikkan memang tak dapat dipisahkan kan. Lelaki pulak umur muda lagi dah cover macho mcm matang sgt je kan. Huhhhh. Matang tak boleh diukur dengan usia seseorang. Biarlah fizikalnya tak matang,asalkan cara pemikirannya matang.

Kita matang bilaa .....

Kita dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat kita tak tercapai.

Kita mampu menyembunyikan perasaan kita yg luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan perlakuan seperti biasa, mcm tkde masalah. Hati kasi kental maaa.

Kita tak terasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung seperti anak raja/anak emas.

Kita dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar rasa tak wajar pun dengan mereka.

Kita mampu menguasai nafsu gelojoh even though kita nak dapatkan benda yg kita fikir boleh dapat.

Kita dapat tahan rasa sakit hati dan malu seandainya kita tak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat kita yg lain

Kita terus berlaku adil dan saksama even though sekeliling menghalang maksud kita. Mcm I, I suka bg perumpamaan kat orang, cuba kasi dorang yg ada kat situasi yg I cuba nak fahamkan dorang.

Kita dapat terima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesarkannya.

Kita memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Kita beri persetujuan pada pendapat pendapat yg kita tak setuju dalam perdebatan tanpa rasa sakit hati atau tidak senang.

Kita berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang betul-betul kita minat.

Kita mengaku dengan jujur yang kita tak tahu bila kita betul betul tak tahu tanpa rasa malu.

Kita menghadapi orang orang tua orang orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan kesan negatif.

Kita akan cuba lakukan sesuatu dgn sederhana, bukannya terlalu over untuk tunjukkan bahawa kita dapat buat something dgn lebih perfect. Take note, no body perfect okay.

Kita dapat dahulukan kepentingan orang lain walaupun kita tak rase senang kerananya.

Kita boleh berlaku wajar dan saksama dengan orang  yg kita pun sebenarnya tak suka.

Kita dapat mewujudkan rasa kasih sayang,cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yg special dlm hidup mureka.

Sekiranya awak lelaki, awak dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa fikir bahawa awak adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya awak wanita seperti saya, awak dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur. 

Bagi I nak jadi matang bukan senang dan bukan susah pun. Sebenarnya main point nye kita kena banyak bersabar dan selalu atau wajibul ghunnah setiap masa berfikiran positif. Mula mula mmg susah, yelah bkn senang nk pujuk hati sendiri untuk kesenangan orang lain kan. Tapi apalah daya, kita hidup hanya sementara. Apalah sangat nk berkira dengan orang lain kan. Yang penting kita tak susah kan orang lain. Tapi akhirnya insyaAllah kita sendiri yang akan rasa manisnya bila bersabar dan berfikiran positif :)

Semua orang manusia, manusia biasa yang selalu buat silap. Dari kesilapan kita belajar sesuatu yg amat bermakna untuk diri kita. I pun masih dlm proses belajar sesuatu yg I sendiri cuba sedaya upaya untuk memahaminya. Harap info kt atas dpt beri peringatan pd I sendiri and orang lain jugaa. Ustazah I pernah cakap "ilmu kalau kita sampaikan walaupun sebaris atau sepatah, selagi orang itu amalkan ilmu yg kita sampaikan, selagi itu lah pahala kita dapat"

Salam sayang dari dinda,

No comments: