13 February 2013

Ini hati aku punya perasaan

Mungkin aku budak kecil yg tak petah utk membicarakan tentang cinta,
Mungkin aku budak kecil yg sering diberi gulagula untuk digulagulakan.
Haaaa ini lah orang kata, bila bahagia.
Berseri seri entri dgn kata madah yg berbunga bunga.
Bila ditimpa musibah,
mula lah sayu entri yee.
Tapi apakan daya, ini lah fitrah manusia.
Siapa kita nak menidakkan semua tu kan.


Aku terkilan,
Aku kecewa,
Aku kecil hati,
Aku sakit hati,
Aku tersinggung,
Aku hampa,
Aku sudah tawar hati.

Aku tak pernah terfikir untuk cari gaduh/masalah,
Aku tak pernah terfikir untuk cari segala kesalahanmu,
Aku tak pernah terfikir untuk jauh dari kamu,
Aku tak pernah terfikir untuk ungkit apa yg kamu telah lakukan,
Aku tak pernah terfikir untuk mengeluh dengan semua ini,
Aku tak pernah terfikir untuk berputus asa,
Aku tak pernah terfikir yang hubungan ini hampir mencecah setahun setengah,
Aku tak pernah terfikir yang kita konon nya bercinta tapi setiap kali contact tak pernah mencecah lebih empat bulan,
Aku tak pernah terfikir yang aku boleh bersabar dalam hubungan ni, 
Aku tak pernah terfikir yang aku beri kepercayaan dalam hubungan ni,
Aku tak pernah terfikir yang aku sudah beri yang terbaik dalam hubungan ni.

Tapi kini aku sakit, sakit awak. Sakit. Tak mampu dah nak pertahankan semua.
Masa hati tengah sihat, aku sedaya upaya buat yg terbaik.

Aku rasa aku dah gagal. 
Aku akan kehilangan benda yang pernah aku miliki sementara.

Aku gagal buatkan hari hari mu ceria,
Aku gagal buatkan kamu terus tersenyum,
Aku gagal buatkan kamu selesa dgn aku,
Aku gagal buatkan kamu bahagia,
Aku gagal yakinkan hubungan kita.
Aku gagal ......

Hidup aku dari kecil sering ditinggalkan, rasa bahagia sekejap pastu hilang, pastu bahagia pastu hilang.
Aku dah lali.
Takkan seumur hidup aku nak pilih bahagia senyap bahagia senyap.
Aku penat.
Fahamlah aku.

Maafkan jika selama ini ada yang salah,
Maafkan jika kehadiranku mengganggu hari harimu,
Maafkan jika menjadikan warna kelabu dihatimu.

Berbahagialah,
Aku redha :)