30 July 2013

aku paling tak reti nak letak tajuk entri ape

Assalamualaikummm, 
Sekarang dah sampai fasa terakhir bulan Ramadan. Syukur abc tak dtg awal awal puasa, kalau dtg awal awal kurang sikit lah semangat nak puasa kan. 
Tapi sayangnyaaaaa dalam 10hari terakhir ni tak merasa sepenuhnya 10hari tu.
Rasa rugi pun ada, tapi ada hikmahnya InsyaAllah.
Rasa macam kejap je puasa tahun ni.

Emmmmm......
Aku sebenarnya kan malu tau kalau org yang kenal aku baca blog ni.
Lagilagi family, sedara, kawankawan, cikgucikgu (ada tau cikgu sekolah baca blog aku)
Segan
Nanti ada yang mengusik
Sebab tu aku hide kan link dari dorang whahaha


Eh haiiiiii, klau ada yang tanya aku sambung mana.
Aku belum lagi sambung mana mana, takde rezeki masa pengambilan pertama. 
Syarat semua lepas, tapi orang kata bukan rezeki lagi.
Kalau swasta tu memang banyak lah dapat kan, tapi takmau bebankan family. Kawalan  pun tak ketat kalau kat swasta kan.Bagi aku membazir, baik pergi ipt yg sama sama dengan anak melayu je.
Kemungkinan besar tunggu second intake.
Takpe lah, tak rushing sgt pun.
Sebab kalau dapat masuk first intake tu pun mamababah pergi umrah.
So agak complicated lah kalau nak uruskan sendiri kan.
Lagipun tak ready lagi nk puasa berjauhan dengan family.
Dannn aku dah tak keje dah.
Lagi lagi mama pun dah pencen puasa ni,
so baik teman mama je kan. 
Mama banyak turunkan macam macam, kalau sebelum ni dia tak bagi anak dara dia kacau apa yg dia masak. Dia bg tolong sikit sikit. So tak dapat lah apa rahsia yg umphhhhhhhh dalam masakan dia
Tapi sekarang dia dah turunkan serba sikit.
Even mama ada kat rumah pun, mama akan suruh aku yg setelkan dari A-Z
Mama jenguk jenguk lah apa aku buat
Kiranya dia praktiskan aku sebagai bakal suri rumah
Hari hari gaduh gelak ngusik sama sendiri
Seryes rasa happy gilaa. Kekadang memasing berpandangan pastu boolat kn mata then gelak hahahaha
Lepastu mama pelik sgt aku tak makan, sampai dia tanya "Dik,kau ni tak reti makan ke?" hahahaha
Yang kakak aku makan banyak bising pulak dia, yg aku tak makan pun bising.
Hahaha takpe laa, dia takde topic nk ckp 'kot'
Lepastu aku lah driver kemana mana pun.
Takpeeee duit tkde pun minyak berisi, whahaha

 gambar tkde motif pun

Ramadan tahun ni paling meriah rasanya , rasa seronok sgt.
Rasa silaturrahim dengan sedara makin rapat.
Setiap minggu ada je yg datang berbuka kat rumah.
Buat masa ni sedara belah mama memang complete.
Kira ada wakil setiap keluarga paklong, makngah, maklang, makteh.
Even penat tapi seronok.
Bayangkan kalau aku dah masuk ipt, sape nk tolong mama,
kakak aku keje, balik penat.
Sebaikkk ada aku kan whahaha
Kira mama pun dah bole lepas tangan lah kalau nk handle pape.


Haaaa dah beli baju raya? *Rasa macam soalan dulu dulu masa bagi kad raya kat kawankawan dengan kakak angkat hahaha. 
Alhamdulillah rasanya tahun ni kurang nak melaram.
Macam tkde mood nk raya sgt, kira tak membazir lah kan.
Bukanlah tkde mood, sebab jubah mama dah beli kat mekah.
So kurang sepasang lah cari kat sini.
Tapi takde mood pun dah 4 pasang pun hahaha
Perasaan je yg tkde mood tu. 
Mungkin sebab sorang pun adik beradik belum kahwin , so tak berapa meriah kot.
Tapi best gilaaaa dow sorang pun tak kahwin lagi sbb takyah sibok nk jaga aurat lagi
Teringin sangat raya ni anak anak paklong makngah maklang makteh bermalam kat rumah wan. tapi memang takkan berlaku kot. Memasig dtg singgah masa first raya je. Huhhhhhhh!
tahu .... wan tu nenek tiri. bukan nenek betul kiteorang pun. tapi bersyukur lah kita ade tempat nak berteduh anak beranak semua. Sebaik wan takde anak sendiri, nasib baiklah arwah atok wasiat suruh wan jaga aku. sebaik aku berpeluang rasa ada nenek. Best gila tahu, memang rasa wan tu aku punya sorang jeee sbb klau teringin nak makan apa, mintak je.
Harap sgt ada banyak tahun lagi raya aku dpt beraya dgn wan.


Kalau berkawan, mintak tolong lah sangat jangan memilih. Jangan pilih tinggi rendah cantik buruk muda tua. Aku mintak ikhlas. Terimakasih masih lg disisi teman :)

No comments: