30 July 2013

senggugut

Assalamualaikum, cerita agak kewanitaan sikit eh

Period atau haid adalah perkara normal untuk seorang perempuan dan lazimnya dialami oleh gadis yg baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar "primary spasmodic dysmenorrea". Benda yang sgt merunsingkan adalah period pain ataupun senggugut. Ika salah sorang mangsa senggugut yang teruk yang wajib kena setiap bulan. Jadinya beruntung sgt kalau korang tak pernah rasa senggugut tu cemna.

Senggugut jenis pertama dalam beberapa tahun pertam selepas akil baliq, pusingan haid pun belum  teratur. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian. Memang ini lah ika alami. Kitaran haid memang tak teratur, start kena senggugut form 3.

Rasa sakit time haid adalah disebabkan kuncupan rahim yg begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yg bercampur sedikit tisu dari selaput endometrium. Darah haid perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yg biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yg kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yg digelar nama "prostaglandin"

Haritu ada jugak baca artikel yg kata senggugut ni boleh menyebabkan mandul. Gila tak takut. seram oiii. Sape nk mandul. Tapi tu semua tak betul, senggugut biasanya hilang setelah gadis dah berumahtangga dan mendapatkan anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yg menjadi punca senggugut.
 

Symthom orang period ni selalu nya moody kan. Alhamdulillah ika tak moody mcm gadis lain, taklah keje nak marah ajee nak bengis ajee. Moody bg perempuan haid adalah normal. Bukan kita yg mintak pun kan. Ada jugak sesetengah perempuan, yg hampir the time of the month, mood kita mungkin ceria terlebih, feeling bahagia gila, ketawa tanpa ada rasa duka. Kan? Haaa tulah peliknya wanita ni sebab diri kita bukan kita yg kawal.

Selalunya dua hari sebelum datang haid, ika akan sakit kt bahagian pinggang. Bangun pagi je pusing pusing pinggang akan bunyi kriukkkk kriukk dan rasa tak selesa kat bahagian peranakkan(kawan bawah pusat dan atas sikit drpd bahagian vagina) Yes, sakit dia macam anda tahan diri yg mengalami cirit birit dan tambah pulak dgn keadaan seolah olah ada orang tumbuk perut kita dgn kejam. Tu lah rasa nya senggugut, 

Hari pertama datang haid ika mcm kita bukak kepala paip dgn tekanan air yang laju utk masa 10minit. Darah yg banyak tu pun dalam dua hari mcm tu je. Hari pertama adalah hari ika dikenakan hukuman gantung perasaan. Perasaan sakit, perasaan tak selesa dengan aliran darah yg banyak dan bau hanyir. Kalau boleh nak bandingkan dengan kawan kawan sebaya, dorang ada yg tak pernah rasa. kenapa sy yg perlu mengalami semua ni? Tak termasuk lagi kesakitan senggugut yg kena tanggung. Dlu dlu, mungkin ika lebih tabah dan bersedia kalau senggugut menyerang. Jadi ika cuba bertahan dgn bantuan Pil pain killer/tahan sakit adalah kawan baik sejak form four. Selalunya ika beli kat farmasi, warna kuning. Ika pakai sekali sebulan je bila datang haid terus makan untuk elakkan senggugut. Pil tu tahan untuk 6bulan. Ika ada banyak dengar dan baca dan sedar atas effect pain killer/tahan sakit pada diri kita, Tp sy lebih rela tanggung kesan sampingan daripada merana kesakitan

Almaklumlah, sesapa yg tk pernah tahu apa tu senggugut, d setiap hari pertama datang haid, ika langsung takleh bangun, berjalan atau buat ape ape.

Kalau dulu time sekolah , memang tak dpt fokus blaja. Kalau ada latihan kawad atau stay back kat sekolah. Memang tak boleh join sbb senggugut menyerang.Kalau dlm kelas, memang classmates faham sgt. Alhamdulillah. Tapi muka pucat jangan cerita lah. Jalan pun macam orang sarat mengandung. Kalau time keje part time, memang sebulan sekali terpaksa balik jugak sbb memang tak tahan. Pedih perit!

Untuk atasi masala kurus keding dan senggugut ni ramai syorkan akan hilang lepas kahwin. Orang kata nak gemuk tunggu kawen nanti. Yelah, tunggu lah kawen nanti

Rindunya kat sabah. Nak makan seafood, nak makan siput tarik tuuuuuu!

2 comments:

AleynCikMan said...

Dasat jgk kena senggugut ni ek smpi tak boleh bangun buat keje ape semua. Kita pernah jgk kena tp jarang laaa. Kalau kena an, pinggang memang tempat pertama kaw kaw punya sakit. Kalau bangun tidur, nak bunyikan kriuk kriuk pinggang tu, tak terbunyi. Pinggang mengeras. Kalau masa tu dpt lipat dua badan ni, fuhhh sedap beb haha! Dan jrg jgk la kita mkn pil mcm ika mkn tu. Sbb sakit tu akan elok dlm masa 2 hari (ketika period) Sakit pinggang tu akan dtg 3-4 hari sblmnya. Kdg ada jgk mengeluh, why la perempuan kena rasa bebenda ginih. Haih :)

The-only-syafiqahosman said...

Tulahh, ika kena setiap bulan. Pinggang tu mmg dia attack dlu. Ika kalau tk period pun kkdg bunyi jugak kriuk kriuk tu, tp masa period lg nikmat kriukk kriukk dia hehehe. start makan pil masa SPM sbb takut mengganggu time exam.Nasib kita pempuan, ada yg kata subur kalau senggugut ni. Pastu ni dah 3 4 bulan berhenti, takut for future life InsyaAllah. hihihi :)